Bijak Sifir

Asas yang rapuh masakan mampu menampung bebanan yang tinggi.

Begitulah juga dengan pelajar kita. Jika asas penguasaan sifir yang lemah bagaimana mereka akan mampu menghadapi cabaran yang lebih hebat diperingkat tinggi nanti.

Fobia terhadap subjek matematik dikalangan segelintir pelajar merupakan satu penyakit yang perlu dirawat segera. Masalah ini jika tidak dibendung dari awal akan merebak secara diam seumpama barah yang akhirnya membawa derita. Adakah anda tahu bahawa anak anda menghadapi masalah ini ?

Tanda-tanda anak anda menghadapi masalah FOBIA terhadap subjek matematik
1. Tidak berminat terhadap subjek matematik.
2. Cepat bosan dan putus asa apabila menyelesaikan latihan matematik.
3. Takut apabila melihat nombor atau angka yang besar.
4. Lambat menyelesaikan soalan latihan disebabkan keliru dengan jalan penyelesaian yang panjang dan merumitkan..
5. keputusan peperiksaan yang merosot dan membimbangkan.

dan berpuluh-puluh lagi alasan jika dipaparkan akan memenuhi paparan ini. Apapun yang pasti FOBIA terhadap subjek matematik ada puncanya dan punca inilah yang kami cuba hapuskan dengan memberi bimbingan dan berkongsi pengetahuan dengan anda agar anak-anak kita khususnya dan semua pelajar di Malaysia amnya tidak menghadapi lagi permasalahan ini.

Apakah punca pelajar menghadapi perasaan FOBIA terhadap subjek matematik?

Salah satu punca yang utama ialah asas kefahaman menguasai sifir dan darab yang lemah. Pelajar berjaya menguasai tambah dan tolak tetapi akan mula menghadapi masalah apabila mula mempelajari darab dan bahagi didalam silibus pelajaran.

90% pelajar yang gagal didalam subjek matematik adalah disebabkan oleh penguasaan Asas Matematik yang lemah. Ini menyebabkan mereka mula merasa fobia apabila melihat angka-angka besar didalan soalan latihan ataupun peperiksaan lebih-lebih lagi apabila melibatkan operasi darab. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila pelajar didedahkan dengan jalan penyelesaian dan formula yang berjela-jela yang merumitkan untuk mereka memahami dan akhirnya membunuh minat mereka terhadap subjek ini.

Tahukah anda bahawa hampir 70% pekerjaan didunia pada abad ke-21 ini memerlukan pengetahuan matematik.

Mampukah anda bayangkan jika anak anda memasuki peringkat menengah ditingkatan satu atau dua masih lagi terkial-kial menghafal sifir. Bagaimana agaknya nanti mereka akan survive didalam peperiksaan utama dan seterusnya mengharungi pekerjaan yang sesuai atau pekerjaan yang menjadi idaman mereka?

Salah satu matlamat utama kami ialah memastikan anak-anak bangsa kita tidak lagi menghadapi perasaan fobia terhadap subjek matematik dan memastikan mereka menjadi pelajar terbaik didalam subjek tersebut.

Bijak Sifir merupakan satu kaedah mudah membina asas yang kukuh lagi mantap didalam penguasaan sifir menggunakan teknik-teknik kreatif yang mudah,ringkas,pantas dan tepat dan ternyata amat membantu pelajar didalam subjek matematik.Kami kongsikan teknik dan kemahiran menghafal sifir ini bersama-sama agar satu masa nanti anak bangsa kita memiliki kepintaran setanding diperingkat dunia dan mampu menyumbang sesuatu untuk agama bangsa dan negara.

Bijak Sifir disusun dan dibukukan didalam bentuk ebook yang mengandungi langkah-langkah menguasai segala teknik-teknik kreatif melibatkan operasi sifir dan darab dari sifir 2 hinggalah menyelesaikan masalah darab tanpa had.Kandungan yang padat dan penerangan yang mudah serta ringkas memudahkan sesiapa saja mempelajari dan menguasai teknik yang didedahkan ini.

Bayangkan bagaimana nanti jika pelajar itu mula memasuki alam menengah tetapi masih lagi terkial-kial menghafal sifir. Bagaimana agaknya nanti mereka akan survive didalam menghadapi peperiksaan utama dan apakah nanti nasib mereka agaknya. Bayangkan jika itu adalah anak anda?

Tetapi usah risau jika itu adalah anak anda kerana penyelesaiannya ada didepan mata anda. Miliki teknik ini segera kerana teknik ini tidak meletakkan syarat dan tahap umur untuk mempelajarinya. Semakin anda dewasa semakin mudah anda menguasainya. Paling terbaik adalah menguasai sejak diperingkat rendah lagi tetapi jika anda baru mengetahui diperingkat menengah tidak menjadi masalah kerana teknik ini boleh digunakan sampai bila-bila.Faedahnya berbaloi baloi ! Dapatkan Ebook Bijak Sifir serendah RM 10.00 Sahaja... Saya ulang RM 10.00 Sahaja.. untuk anak anda bijak sifir selamanya.